Saturday, September 25, 2010

LeNTuRKaNLaH DeNGan "nya"


Gugurkan Segala Kesombongan dengan Solat Berjemaah



Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan ruku'lah bersama orang-orang yang ruku'. (QS. Al

Baqarah:43)

Salah satu hikmah solat berjemaah adalah menggugurkan kesombongan rasa besar diri yang

membesarkan semua predikat keduniaan, pangkat, jabatan, harta dan nama yang disandang, dan

menggantinya dengan penyerahan semuanya terhadap kebesaran Ilahi. Ini dibuktikan dengan fakta

bahawa barisan solat berjemaah, sof-sof sholat tersebut tidak pernah terbentuk berdasarkan

golongan, jabatan, staf-non staf, dan lain-lain predikat keduniaan. Di mana pun solat berjemaah

didirikan, ia tidak didasari oleh semua predikat ini. Yang pegawai rendahan apabila kebetulan

berdiri di sebelah seorang “senior manager”, misalnya, dia harus tanpa besar diri merapatkan

barisan dengan seorang “manager” tersebut. Demikian juga pejabat tinggi tidak boleh, misalnya

kerana alasan darjat menjadi turun gara-gara bersebelahan dengan bawahan, tidak boleh

meminta perlakuan istimewa dengan “mengkavling” ruang solat sekehendak hatinya dan tidak

memperbolehkan orang lain merapatkan barisan dengannya. Kesombongan-kesombongan seperti

inilah yang digugurkan oleh persatuan sof solat berjamaah. Ini yang pertama.

Alasan lain sehingga dikatakan solat berjemaah tersebut dapat menggugurkan kesombongan

adalah sifat gerakan solat itu sendiri. Pada saat sujud, kepala tempat berdiamnya intelegensi

yang sering dipertuhankan dan raut wajah elok yang sering dibanggakan kerana kegagahan dan

kecantikannya, saat sujud kepala dan wajah sumber kesombongan ini tersungkur lebih rendah

dari jalan keluar kotoran yang menjijikkan. Inilah dua hal yang dapat memberikan pelajaran

kepada kita, menyedarkan kita bahawa dengan solat berjemaah kesombongan adalah sesuatu

yang menggelikan. Semua predikat keduniaan, pangkat jabatan dan nama besar yang disandang

tidaklah ada ertinya di depan Allah.

Bagi orang yang ingin menghilangkan kesombongan diri, seharusnya banyak-banyak mendatangi

sof-sof sholat berjemaah yang didirikan. Cuma sayangnya, sampai saat ini sering kali kita

temukan tiang masjid berjumlah jauh lebih banyak dari jumlah orang yang menghadiri solat

berjemaah tersebut. Sepinya orang yang menghadiri solat berjemaah ini bukan disebabkan

ketidaktahuan akan hikmah-hikmah solat berjemaah. Justeru yang terjadi adalah biasanya kita

berapologi, mencari pembenaran diri, mencari alasan-alasan yang boleh dapat kita jadikan

hujah atas ketidakhadiran kita dalam jemaah solat ini. Di samping itu, ada kenyataan bahawa kita


lebih boleh profesional dalam urusan dunia tetapi untuk urusan ibadah seringkali kita tidak boleh

profesional. Kita merasa cukup dengan mengandalkan orang lain. Kalau orang lain sudah

mendirikan solat berjemaah, maka cukuplah. Kira-kira demikian alasan sebagian di antara kita.

Atau jangan-jangan sepinya barisan solat berjemaah di masjid-masjid disebabkan kita masih

merasa bahawa status keduniaan kita menghalangi kita membangun jemaah dengan jemaah lain

yang cuma pegawai rendahan. Atau justeru kita merasa bahawa bokong kita masih kurang cantik

untuk mengatasi wajah kita yang elok. Kalau ini yang menghalangi kita mendatangi jemaah

solat yang didirikan, marilah kita tertawakan diri atas kebodohan kita ini.

Terakhir, marilah kita biasakan ruku’ bersama orang-orang yang ruku’ agar terbiasa hati kita

menghapus semua kebesaran diri dan mengikrarkan bahwa yang besar hanyalah Allah. Allahu

Akhbar!!

~Pesanan untuk “diri” dikongsikan bersama ~

:::: mil ::::

Wednesday, May 12, 2010

ANTARA UKHWAH DAN IKHTILAT?







ANTARA UKHWAH DAN IKHTILAT


Salam sejahtera… sudah lama saya tidak membicara dilaman ini untuk sama-sama kita berkongsi, dalam mendekati diri kepada ALLAH SWT. Moga-moga apa yang dibicara dapat memberi istifadah kepada kita bersama. Persoalan topik kali ini ialah apa itu ukhwah? dan apa itu ikhtilat?.



"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" (al-Hujurat: 10)


Perkataan Ukhwah bermaksud persaudaraan yang berasal daripada perkataan akhun atau akh yang bererti saudara. Saudara lelaki disebut akhun manakala saudara perempuan disebut pula sebagai ukhtu. Tetapi,perkataan ukhwah itu sendiri tidak membezakan antara sesama lelaki atau sesama perempuan, ia merangkumi semua secara umum, lelaki sesama lelaki, perempuan sesama perempuan, dan lelaki sesama perempuan. Bersaudara bukanlah bermaksud kita boleh melakukan orang-orang lain seperti adik kita, tetapi bagaimana rasa kasih dan sayang itu kita terapkan terhadap saudara-saudara kita yang lain sama seperti mana kita berikan kepada adik-beradik kita.


Maka persoalannya, wujudkah istilah ukhwah antara lelaki dan perempuan? Dalam ilmu usul fiqh, kita mengetahui bahawa dalam menentukan sesuatu hukum, jika tiada dalil dari nas al-Quran mahu pun al-Hadis yang mengharam atau menghalalkan sesuatu perkara, maka ianya jatuh hukum secara harus (mubah). Tiada satu pun hadis atau ayat al-Quran yang menyatakan bahawa seorang muslim lelaki dan perempuan bukan bersaudara. Jadi dari mana pula datangnya hukum atau pernyataan yang mengatakan 'tiada ukhwah antara lelaki dan perempuan'?


Dari Anas bin Malik r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya" (Bukhari dan Muslim)


Sebenarnya istilah ukhwah tidak menjadi masalah, tetapi mereka yang menggunakan istilah ukhwah untuk agenda tersembunyi, itu yang bermasalah. Kononnya dalam laman sosial(‘facebook’,’friendster’ dan sebagainya), mereka menggunakan istilah 'Salam Ukhwah' dan seumpamanya, untuk berkenalan dengan kaum berlainan jantina. Mereka melapik perbuatan yang mungkar dengan benda yang maaruf. Ini yang bermasalah.


Sebenarnya, Ikhtilat bukan ukhwah. Ikhtilat adalah percampuran, atau juga pergaulan. Ukhwah itu dibina atas landasan akidah yang sama, tetapi ikhtilat itu tidak memerlukan apa-apa ikatan landasan untuk dibentuk atau dibina. Senang kata, tidak mungkin percampuran seorang lelaki dan seorang perempuan (berdua-duaan) itu berlaku atas nama ukhwah (yang dibina atas dasar iman dan takwa), tetapi ianya hakikat adalah suatu bentuk ikhtilat yang ditanam atas dasar nafsu dan bisikan syaitan!


Prof. Dr. Yusof Qardhawi dalam bukunya Fatwa Mua'sarah (Fatwa Kontemporari) mengatakan bahawa perkataan 'ikhtilat' itu sendiri sebenarnya dipinjam dari perkataan luar, yang mana ianya tidak sesuai untuk menggambarkan hubungan ukhwah yang sebenar antara muslim. Tidak berlaku di zaman Nabi tentang ikhtilat melainkan para sahabat semuanya berhimpun, bergaul, dan berinteraksi atas landasan ukhwah Islamiyah yang sejati.


Sebenarnya ukhwah itu cinta, tetapi cinta tidak semestinya ukhwah kerana cinta itu ada banyak peringkat dan sifatnya. Ukhwah itu menerbitkan rasa cinta sesama saudara, tetapi cinta itu pula, tidak semestinya lahir dari ikatan ukhwah yang didirikan, ianya boleh muncul secara tiba-tiba, boleh muncul disebalik rasa kebencian, malah boleh juga timbul pada saat yang tidak pernah kita jangkakan sendiri. Dan semestinya, rasa cinta kita terhadap setiap individu berbeza. Cinta seorang suami terhadap isterinya mestilah lebih tinggi daripada cintanya terhadap jiran perempuannya, walaupun mereka berbual, tolong-menolong atas landasan ukhwah.


Interaksi antara lelaki dan perempuan itu dibenarkan, namun ada batasnya, ianya bukanlah ditegah secara mutlak, dan bukan juga dibenar secara mutlak. Islam telah meletakkan garis panduan yang jelas dalam interaksi antara lelaki dan perempuan,baik sesama muslim mahu pun dengan yang bukan muslim. Ianya tergunapakai dalam semua keadaan.


"...Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. (Cara) yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..." (al-Ahzab: 53)


Hijab (belakang tabir) itu menunjukkan bahawa interaksi lelaki perempuan itu dibenarkan, namun hendaklah mempunyai batas, yang mana batas itu dapat menundukkan hati-hati mereka, lelaki dan perempuan.


"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuatkan" (an-Nur: 30)


"Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah-lembutkan suara) dalam bicara hingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik" (al-Ahzab: 32)



Binalah ukhwah di dalam diri kita, ukhwah di antara anggota badan dan seterusnya ukhwah di antara jasad dan roh dalam mendekati Allah. Hasil kekuatan diri kita binalah ukhwah itu di antara kita iaitu antara manusia dengan manusia demi mengembalikan zaman gemilang. Ikhtilat, seorang lelaki atau seorang perempuan jika menyanyagi dirinya(lelaki atau perempuan) dan menyanyangi diri yang lain(lelaki dan perempuan) jagalah batas pergaulan. Penampilan diri yang baik dan mampu melakukan amalan baik tetapi jika hati tidak ada ketetapan kepada keimanan tidak cukup kepada cinta ALLAH SWT. Semuanya KETAQWAAN….

Salam kemaafan… Wallahu'alam…

~~ PESANAN BERSAMA, MILMIZ ~~




Friday, April 2, 2010

Dakwah



Dakwah itu berat, Jeneral!




Sebagai orang yang hanif, orang yang condong ke arah kebaikan, tentu kita menginginkan

kehidupan di sekeliling kita berjalan dalam keadaan kebaikan, yang tentunya sesuai dengan ketentuan Ilahi. Sebagaimana pun kesalnya kita terhadap perilaku seseorang, kita sering berharap agar orang tersebut dapat kembali ke jalan yang benar.

Kerana itu, walau pun status kita bukan ustaz, tok guru apalagi ulama, kita pun sering berusaha

menyedarkan saudara-saudara kita itu. Dan ini adalah sesuatu yang lumrah. Kita menginginkan

semua orang yang kita kenal atau juga tidak kita kenal dapat berjalan sesuai dengan ketentuan-Nya. Fitrah manusia memang sudah terlahir dalam kebaikan dan kerana itu selalu menginginkan kebaikan baik untuk dirinya dan juga persekitarannya.

Akan tetapi seringkali juga orang yang kita harapkan berubah itu, setelah berulang kali kita

nasihati, kita kirimi artikel-artikel untuk perbaikan, kita pinjami buku-buku Islam kerana kita

tidak dapat menyitir ayat-ayat Qur’ani sendiri, mereka tetap saja dalam keadaan engkar tidak

juga berubah sesuai harapan kita. Dan dalam menghadapi keadaan ini ada di antara kita yang segera undur diri, merasa kecewa dengan usahanya yang tidak juga membuahkan hasil ini.

Ikhwan fillah, sesuai judul renungan kita kali ini, ingin mengingatkan kita semua mengenai

kerja dakwah, mengajak ke kebaikan ini. Kerja dakwah ini adalah kerja berat, terus-menerus yang tidak akan langsung membuahkan hasil kerana kerja ini memerlukan proses. Mengenai beratnya kerja ini terlukis dari firman Allah SWT kepada teladan dakwah kita, Nabi Muhammad SAW. Allah SWT menegaskan: Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? (QS. An Nasyrah [94]:1-3) Dalam ayat ini kata memberatkan menggunakan kata ‘anqadho’ dan tafsir kata ini bererti beratnya sampai terdengar bunyi (Al Qur’an dengan asbabun nuzul As Syuyuthi). Inilah perumpamaan kerja dakwah yang beratnya sampai terdengar bunyi ‘krek’ di punggung orang-orang yang siap menanggung kerja ini. Bahkan di bahagian lain, Allah menegaskan bahawa kerja ini akan diturunkan, ditumpahkan.

Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk solat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu, Dan bacalah al-Qur'an itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. (QS. Al Muzammil [73]: 1-5)

Kata menurunkan dalam ayat (5) surat Muzammil di atas menggunakan kata ‘nalqa, sanulqi’ dan makna kata ‘nalqa’ ini adalah menurunkan persis seperti orang yang berjalan jauh membawa beban berat di kepalanya kemudian orang tersebut menurunkan, menumpahkan beban tersebut mungkin seraya bergumam, nih bebannya, silakan ambil. Subhanallah! Dan beban yang dimaksud tiada lain adalah beban dakwah.

Jadi kerja dakwah ini adalah kerja berat. Kerana itu hal yang paling diperlukan adalah kesabaran pelakunya. Inilah kerja yang memerlukankan pelaku-pelaku yang tidak berjiwa terdesak, ingin cepat membuahkan hasil seperti makanan siap saji. Selain kesabaran, pelaku dakwah juga dituntut untuk istiqomah, lurus dalam dakwahnya, dalam kalimat-kalimat yang disampaikannya. Jangan pernah berharap untuk melarang anak kecil merokok sambil kita sendiri mengepulkan asap rokok.

Pelaku dakwah dituntut untuk menjadi pelaku pertama dari apa yang disampaikannya. Bila saja kita terlihat tidak yakin, itu alamat apa yang kita sampaikan tidak akan berhasil. Dan jangan lupa, pelaku dakwah juga harus menyandarkan segala kerjanya kepada sandaran Ilahi. Kita doakan kerja dakwah kita, kita mohonkan mereka dan kita sendiri agar tetap berada di jalan yang lurus.

Rasulullah SAW sewaktu dilempari oleh penduduk thaif, beliau tidak memohon agar penduduk Thaif dihancurkan seperti anjuran Jibril. Tetapi yang beliau mohon adalah agar penduduk Thaif diberi hidayah oleh Allah SWT. Ini membuktikan kerja dakwah kepada orang kafir bukannya mudah. Tapi bagaimana dakwah kepada orang Islam yang melanggari kehendak Allah swt??

Apapun mari kita doakan diri kita dan saudara-saudara kita agar tetap dalam petunjuk Ilahi.