Sunday, February 28, 2010

EPISOD CINTA



Mencintai Rasulullah



Salam sejahtera…agak lama saya tidak berkongsi secebis ilmiah di laman ini, terasa rindu pula kepadanya. ‘nya’ yang saya maksudkan disini ialah kepada junjungan Rasulullah SAW. Dalam hidup ini tiada manusia lain dah yang kita patut dahulukan ‘cinta kita melainkan kepada Rasulullah SAW:


Demi Allah, belum sempurna iman seseorang sampai aku lebih dicintai daripada ibu bapanya,

keluarganya dan manusia seluruhnya (Al Hadist).


Sekarang ini Rasulullah telah tiada. Cara yang paling tepat untuk menunjukkan kecintaan kita

adalah mengikuti semua ajarannya, ajaran yang dibawa oleh Rasulullah yang bersumber dari

wahyu Ilahi. Mengikuti semua ajaran Nabi bererti juga mengikuti ajaran Allah SWT kerana

semua apa yang disampaikannya bersumber dari wahyu Ilahi. Al Qur’an telah menegaskan hal

ini, bahawa semua yang dibawa oleh Rasulullah bukanlah berasal dari dirinya: Demi bintang

ketika terbenam, kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru, dan tiadalah yang

diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu

yang diwahyukan (kepadanya) (QS. An Najam 53:1-4)


Agama Islam ini, ajaran yang dibawa oleh Rasulullah yang berdasarkan wahyu Ilahi ini sudah

demikian paripurna, lengkap menyeluruh mengatur semua aspek kehidupan kita. Ia mengatur dari mulai kita bangun tidur sampai tidur lagi. Bahkan seandainya pun di tengah-tengah tidur kita terbangun, kita akan dapatkan pembahasan mengenai kegiatan di antara tidur ini baik itu aktiviti rohani, misalnya mendekatkan diri dengan Ilahi melalui ibadah solat tahajjud mahupun aktiviti non-spiritual. Kesemuanya sudah tersusun lengkap di dalam Islam.


Persaudaraan, akhlak mulia, penghormatan terhadap kemanusiaan semua manusia dalam erti

persamaan darjat juga mendapatkan porsi yang besar dalam ajaran ini. Kasih sayang sesama

manusia tanpa memandang status keduniaan sangat jelas dalam Islam.


Pernah salah seorang sahabat ‘terpandang’ tanpa sengaja melakukan penghinaan terhadap

sahabat Bilal dengan memanggilnya dengan sebutan putra budak hitam. Mendengar itu muka

Rasulullah merah padam, marah sampai keluar ucapan celaka, celaka, celaka tiga kali. Lanjutan hadis mengenai hal ini menegaskan bahawa tidak ada kelebihan keturunan arab dan bukan arab. Yang membezakan antara seorang hamba dengan hamba lainnya hanyalah darjat ketakwaan. Mendengar teguran keras dari Rasulullah, sang sahabat bangsawan tersebut langsung menjatuhkan diri di hadapan Bilal, dengan menempelkan pipinya di tanah meminta Bilal untuk menginjak mukanya sebagai balasan atas penghinaan yang telah beliau lakukan. Subhanallah! Bilal, salah seorang sahabat keturunan kulit hitam, yang dulunya seorang hamba sahaya kemudian dibebaskan oleh Abu Bakar, yang bermuka buruk sampai kalau pun tersenyum anak kecil pun menangis ketakutan, Bilal yang miskin dan hitam ini pun mendapatkan penghormatan yang sama dengan sahabat-sahabat lain yang kebetulan mendapatkan anugerah kekayaan. Bahkan diceritakan dalam sebuah hadis sewaktu melakukan Isra’ Mikraj, Rasulullah menemukan terompah Bilal sudah lebih dahulu berada di syurga. Jadi betul-betul hanyalah darjat ketakwaan yang membezakan, bukan darjat lainnya. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling takwa.


Marilah sekarang kita tengok keseharian kita. Berapa sering kita nunduk-nunduk atau paling tidak merasa lebih sreg bergaul dengan orang-orang perlente, golongan bos-bos; dan berapa sering kita acuh tak acuh terhadap orang-orang yang di bawah kita, lebih rendah status keduniaannya daripada kita. Ada dikategerikan pergaulan staff – nonstaff. Terkadang kita juga sering menerapkan persaudaraan ‘parsial’. Terhadap orang-orang yang segolongan dengan kita, alangkah manis raut muka dan senyum kita. Panggilan saudara, akhi dan jabat erat kita berikan kepada ikhwan-ikhwan yang sekelompok dengan kita, sementara orang yang di luar kelompok kita, untuk tersenyum pun terasa berat. Dakwah mengalir deras, persaudaraan terasa kental untuk ikhwan-ikhwan yang terbiasa bersama kita di jemaah solat, sedangkan orang yang baru datang, sambutan hangat hanya milik orang-orang ahli pengajian yang bersama kita. Astaghfirullah!


Ini baru satu ajaran yang mestinya kita pegang erat-erat, kita terapkan tanpa membeza-bezakan status, kedudukan dunia. Mari kita renungkan hal ini. Terakhir, saya ulangi hadis Rasulullah yang saya kutip di atas. Demi Allah, belum sempurna iman seseorang sampai aku lebih dicintai daripada ibu-bapanya, keluarganya dan manusia seluruhnya dengan harapan agar kita semua dapat membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dengan melaksanakan semua ajarannya.


“Lahirnya junjungan(Rasulullah SAW) lahirnya sinaran”, Wallahua’lam bissowab…

Tuesday, February 9, 2010

Jejaki Sejarah Islam Mendakwah Kita

Makah

Bab-al-Yaman


JEJAKI SEJARAH ISLAM MENDAKWAH KITA




Mulut Gunung Yang Dikaitkan Pergaduhan Habil-Qabil(Dari Makam Arba'in,Syria)

Kota Busra(Syiria)

Dari Kota Busra(Syiria)




Salam sejahtera sahabat-sahabatku…, post kali ni saya nak berkongsi tentang kelebihan tempat-tempat sejarah di bumi anbia’ ini. Adakah kita terfikir, apa yang kita dapat ketika dan selepas kita menziarahinya? Adakah hanya sekadar pergi menziarahi dan pulang ke rumah, kemudian apabila di tanya orang kita menjawab sudah pergi tempat itu dan tempat ini, dan akhir sekali diam begitu saja. Apapun marilah sama-sama kita muhasabah kembali apa yang tercatat pada peninggalan tersebut.


Kalau difikirkan kita akan mendapat banyak benda hasil pengembaraan kita, jika kita betul-betul menilainya. Setiap langkah kita ke tempat tersebut, kita akan rasa lebih mendekati dan merasai sesuatu yang telah berlaku kepada para anbia’ dan umat terdahulu.


Sebagai contoh, banyak pengajaran dan syafa’at yang kita akan dapat jika anda menziarahi tempat-tempat perang Islam dan makam-makam seperti tempat perang mu’tah,yarmouk serta makam-makam para anbia’,sahabat dan sebagainya.Malah, pada pengembaraan itu jika dihayatinya kita akan dapat merasai tentang pengorbanan para anbia’,para sahabat dan juga pejuang Islam terdahulu dalam menegakkan agama Allah SWT.


Selain itu, ia juga dapat menguatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT jika kita mengambil ikhtibar apa yang telah berlaku kepada umat terdahulu, seperti Fira’un dan bala tenteranya ditenggelami laut merah dan juga seperti terjadinya ‘laut mati’ sehingga sekarang. Kembara di bumi Allah SWT tidak rugi,malah ia dapat mendekati diri kepada Allah SWT dengan mengagumi ciptaanNYA sepertimana yang dilakukan sejarahwan Islam terdahulu seperti Ibnu Batutah dan Ibnu Jabir.


Cuma ini saja di antara hikmah-hikmah umum yang boleh saya sebutkan di sini, yang selebihnya sama-samalah kita mencari dan menghayatinya. Berikut adalah beberapa tempat sejarah di bumi anbia’ yang dapat dikongsikan :








Hajar Aswad

Air Zamzam

Makam Nabi Zulkifli as(Syria)

Makam Nabi Yahya as(Syria)

Makam Muawiyah b. Abi Sufian(Syria)

Makam Bilal b. Rabah(Syiria)

Makam Ummu Salamah(Isteri Rasulullah saw)(Syria)

Makam Abu Darda'(Syria)

Makam Salahudin Ayubi(Syria)

Dalam Perkarangan Masjid Umawi(Syiria)

Dalam Perkarangan Masjid Umawi(Syiria)

Menara Putih Yang Dikatakan Tempat Penurunan Nabi Isa as(Masjid Umawi,Syria)

Luar Perkarangan Masjid Umawi

Dimasyk(Syria)

Dimasyk(Syria)

Makam Arba'in Yang Dikaitkan Habil dan Qabil(Syria)

Piramid(Mesir)

Tasik Qarun(Mesir)

Makam Imam Syafi'e(Mesir)

Dari Dalam

Makam Zakaria Al Ansari(Mesir)

Kincir Air(Mesir)


Lutfi Bersama Masjid Biru(Turkey)

Laut Mediterenean(Maghribi)

Masjid Hasan Thani(Maghribi)

Rabat(Maghribi)

Petra(Jordan)

Teater Lama(Jordan)

Ashabul Kahfi(Jordan)

Ashabul Kahfi(Jordan)

Ashabul Kahfi(Jordan)

Ashabul Kahfi(Jordan)

Kawasan Laut Mati(Jordan)

Laut Mati(Jordan)

Tempat Perang Yarmouk(Jordan)

Makam Nabi Syu'ib(Jordan)

Makam Muaz b. Jabal(Jordan)

Qal'ah Salahudin Ayubi(Jordan)

Salah Satu Ruangan Dalaman Qal'ah

Air Terjun(Jordan)

Ajloun(Jordan)

Jerash(Jordan)

Jerash(Jordan)

Festival di Jerash(Jordan)

Teater Jerash(Jordan)

The Massive Mountains Of Wadi Rum(Jordan)

Pasir-pasir Dekat Wadi Rum(Jordan)

Wadi Rum(Jordan)

Umm Qais(Jordan)

Hah! Cuti-cuti inilah peluang kita mengembara ke tempat-tempat tersebut, ambillah peluang yang terhidang di depan mata. Pengembaraan tidak rugi, kerana jauh perjalanan luas pemandangan serta menguatkan kekuatan ilmiah kita terhadap sesuatu perkara tersebut. Akhir sekali, salam kemaafan dihulurkan sekiranya kata-kata di atas menyakiti jiwa pembaca.