Monday, September 5, 2011

Ucapan “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin” Bukan Ucapan Tahunan Atau Adat Semata-mata

Ucapan “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin” Bukan Ucapan Tahunan Atau Adat Semata-mata









Assalamualaikum wbt, bicara dari dataran syuhada’ Mu’tah, Jordan bumi Syam, genap 7 Syawal hari ini Alhamdulillah.. . Bila sebutnya Syawal sudah tentu hari raya iaitu hari kemenangan hamba Allah yang tulen dari jajahan hamba syaitan dan hamba nafsu. Maka tidak dapat tidak ucapan “selamat hari raya” @ “mohon kemaafan zahir dan batin” di akhir ramadhan dan awal syawal dihulurkan adalah salah satunya untuk kembalikan diri kepada fitrah.

Selalunya yang menjadi perbincangan, adakah tarbiyah ramadhan yang di lalui umat Islam itu dapat kembalikan kepada fitrah atau hamba Allah yang tulen, dari kejahatan luaran dan dalaman kepada kebaikan, atau yang sebelumnya tidak menutup aurat selepas ramadhan dapat menutupnya dan sebagainya. Semua ini akan terjawab jika hamba itu betul-betul menghayati ramadhan dan syawal.

Berbalik pada topik asal,ucapan “selamat hari raya maaf zahir batin” adakah yang dilakukan kita selama ini hanyalah ucapan tahunan atau adat? adakah kita betul-betul ikhlas apabila mengungkapnya? Adakah sasaran kita sebagai hambaNYA untuk kembali kepada fitrah tercapai? Walaupun dunia sekarang yang maju dengan adanya Facebook,twitter,YM dan sebagainya sebagai medium ucapan “raya” @ “mohon kemaafan” yang sebelum ramadhan dan syawal kita melakukan dosa dengan media-media tersebut. Ya, saya akui ianya memang baik tetapi adakah hajat kita tercapai kepada orang-orang yang pernah kita lakukan kesalahan serius kepada mereka? Adapun kita bertemu empat mata dengan orang-orang yang pernah kita lakukan kesalahan kepada mereka dan mengucapkan “raya” @ “mohon kemaafan”, tetapi adakah ianya datang dari lubuk hati kita yang ikhlas dengan penuh keinsafan atas salah dan silap kita? Ataupun, adakah ianya sekadar untuk melengkap syarat-syarat atau adat tahunan?

Hmm…, banyak persoalan demi persoalan ditimbulkan, semuanya akan terjawab jika hamba itu betul-betul menghayati ramadhan dan syawal. Maka sama-samalah kita menjawabnya dengan niat ingin menjadi hamba Allah yang tulen untuk kembali kepada fitrah. Jika segala jawapan kita bersandarkan wahyu Allah sudah tentu UKHWWAH ISLAMIAH akan teguh.

Ucapan Maaf Zahir Batin sering diberikan oleh rakan dan taulan sempena hariraya ini. Amalan maaf bermaafan asalnya adalah bersifat ‘neutral' dan boleh diteruskan di hari raya ini asalkan ungkapan kemaafan yang dipinta dan yang diberi adalah beserta penyesalan yang benar atas segala kesilapan yang dilakukan.


Ia selaras dengan objektif Ramadhan bagi mencapai keampunan Allah SWT sebagaimana di fahami dari Hadith :

جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ،

Ertinya : "Datang kepadaku Jibrail lalu berkata : " Celaka ke atas seorang hamba yang sempat bertemu Ramadhan dan keluar darinya tetapi tidak mendpaat keampunan terhadap dosa-dosanya, lalu aku (Rasulullah s.a.w) berkata : Ameen. (tirmidzi, ibn hibban, Ahmad, Ibn Khuzaymah, Al-Hakim & disetujui oleh Az-Zahabi, Abu Yu'la, At-Tabrani dalam Al-Kabir & al-Awsat, At-Tayalisi, Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad, Ibn Al-Ja'd ; Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad - no: 644)

Bagi seseorang yang berdosa dengan Allah SWT, amat diharapkan beroleh keampunan di bulan

Ramadhan ini.


Bagaimanapun, jika melakukan dosa dari jenis kesalahan kepada manusia lain seperti mengumpat, memfitnah, memukul, merendahkannya, mencuri duitnya dan lain-lain. Seolah-olah keampunan yang sepatutnya diperolehi dari ramadhan tergantung kepada keampunan manusia yang pernah dizalimi ini.Tatkala itu, mangsa sahaja yang mampu mengampunkan orang yang menzaliminya.


Pada hemat saya, objektif mendapatkan keampunan Allah sukar untuk dicapai sebaiknya jika tidak ada proses maaf bermaafan di hujung ramadhan atau di awal Syawal. Mengambil peluang cuti dan bertemu di hari raya sebagai waktu yang sesuai untuk meminta ampun. Oleh kerana itu, saya secara peribadi tidak nampak sebarang masalah dalam amalan ini selagi mana ia dilaksanakan dengan ilmu dan ikhlas. Wallahu ‘alam.


~MilMiz~