Sunday, August 28, 2011






Kisah Kelemahan Nafsu Dan Kekuatan Akal Di Dalam Kerajaan Ramadhan


Assalamualaikum wbt, dua hari lagi tanah SYAM akan menyambut Aidilfitri, dan tidak lupa juga kepada suluruh umat Islam di seluruh dunia. Keseorangan di rumah bertemankan seekor anak kucing di perantauan, disebabkan kepulangan semua ahli bayt ke tanah air untuk menyambut Aidilfitri, agaknya tidak terlambat untuk saya berkongsi di akhir ramadhan ini.

Puasa adalah salah satu rukun Islam yang diwajibkan kepada umat Islam untuk menunaikannya. Dalil wajibnya puasa, firman Allah ta’ala :

.َيَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas umat-umat sebelum kamu, agar kamu bertakwa."

Diriwayatkan Allah ta’ala mencipta AKAL lalu Allah ta’ala perintah kepada AKAL, “aqbil” maka AKAL datang, kemudian Allah ta’ala perintah kepada AKAL, “aqbil” maka AKAL pergi. Seterusnya Allah ta’ala bertanya kepada AKAL, “siapa AKU dan siapa kamu?”, lalu AKAL menjawab,”KAMU tuhan aku dan aku hambaMU yang amat lemah”, lalu firman Allah ta’ala, “AKALlah hambaKU yang paling mulia”.

Kemudian Allah ta’ala cipta NAFSU, lalu Allah ta’ala perintah dengan memanggil NAFSU, “aqbili” maka NAFSU tidak menurut perintah Allah ta’ala. Kemudian Allah ta’ala tanya kepada NAFSU,“siapa AKU dan siapa kamu?”, lalu NAFSU menjawab, “aku adalah aku dan KAMU adalah KAMU”, lalu Allah ta’ala membakar NAFSU dalam api selama seratus tahun. Kemudian Allah ta’ala keluarkan NAFSU dari api lalu bertanya,”siapa AKU dan siapa kamu”, lalu NAFSU menjawab,”aku adalah aku dan KAMU adalah KAMU”. Kemudian Allah ta’ala siksa NAFSU dengan melaparkannya selama seratus tahun, kemudian Allah ta’ala keluarkannya lalu Allah ta’ala bertanya kepada NAFSU,”siapa AKU dan siapa kamu?”, lalu NAFSU menjawab,”KAMU tuhan aku dan aku hambaMU”

Allahuakhbar! mulianya dan hebatnya kerajaan ramadhan ini yang ditetapkan Allah. Berpesan kepada diri sendiri dan dikongsikan dengan sahabat-sahabat, sama-samalah kita merenung dan muhasabah dengan apa yang dikongsikan. Jadikanlah Aidilfitri, iaitu kemenangan Islam yang akan tiba dua hari saja lagi disambut dengan berpandukan kepada ma’ruf Allah dan bukan menyambut kemenangan Islam dengan penuh maksiat dan yang tidak berkaitan dengannya yang kadang-kadang tidak logik langsung dengan hari kebesaran ini. Teruskanlah beristiqomah kepada Allah ta’ala dan memerdekakan(sempena sambutan kemerdekaan tahun ini) diri untuk Allah ta’ala hasil tarbiyah kerajaan ramadhan. “SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN” dari perantauan bumi SYAM.

~MilMiz~

Sunday, August 21, 2011

13 Alasan Wanita Yang Tidak Menutup Aurat









Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


~MilMiz~

Wednesday, August 10, 2011



Sekilas pandangan : Makanan dan bangsa


Assalamualaikum wbt, bicara senja dari cahaya tingkap di bumi syuhada’, bermula di sebuah kedai makan berdekatan rumah saya. Ketika itu, saya hendak membeli makanan untuk sarapan sebelum murajaah imtihan nihaie, dan kelihatan 3 orang arab yang sedang makan sehidangan humus bersama roti, telor goreng, kentang goring dan terung yang memenuhi meja. Tiba-tiba pak cik arab tokei kedai itu seperti tidak puas hati memberitahu saya, “macam inilah orang arab ‘order’ banyak tapi makan sikit dan tak habis, kalau orang Malaysia ‘order’ banyak pun tetap habis dan kalau orang eropah hidangannya sedikit tetapi berdisiplin”. Ermm…. Islam yang terkandung di dalamnya dengan adab-adabnya tidak mengenali bangsa. Terus memikir…


~MilMiz~

Saturday, August 6, 2011






Mimpiku Sang Awan

Sang awan bertahun lama merentasi laluan liku kehidupan dengan aman,

sang awan melaluinya tanpa kesukaran,

sang awan namun seketika mencapai kemuncak perubahan sebelumnya disebuah sahara,

sang awan menghadapi kesukaran apabila bahang sahara diharapkan,

sang awan ketika itu sukar menerima cahaya matahari yang terik,

sang awan cuba dan akhirnya menerima cahaya itu,

sang awan menyerapi cecair-cecair yang ada di bumi PENCIPTA hasil bantuan cahaya itu dan menjadi kembang,

sang awan maka menangis memperhambakan diri kepada PENCIPTA dan memberi rahmat kepada seluruhnya,

sang awan namun menyedari ianya tak akan berkekalan apabila sahara dan sekelilingnya mengharapkannya payungan rahmat yang lebih dari itu berterusan,

sang awan sedar bahang lama akan kembali,

sang awan cuba keluar dari menjadi payungan sahara itu,

sang awan namun tak dapat menghalang kuasa yang AGUNG dan terpaksa menerimanya,

sang awan dalam melaksananya dan menyedari gegaran itu kembali semula seperti dijangka walaupun rahmat sebesar mana pun cuba dan telah diberi,

sang awan tak pernah putus asa dan sentiasa mencari ruang untuk memberi harapan kepada sahara,

sang awan namun mengharapkan cahaya matahari dan menerimanya,

sang awan menyerapi cecair-cecair yang ada di bumi PENCIPTA hasil bantuan cahaya itu dan menjadi kembang,

sang awan maka menangis memperhambakan diri kepada PENCIPTA dan memberi rahmat kepada seluruhnya,

sang awan tak pernah kecewa dengan sahara tapi ianya kecewa dengan kemampuannya,

sang awan kini sudah hampir berakhir dan telah keluar dari menjadi payungan sahara itu,

sang awan sudah berakhir amanahnya di sahara dari PENCIPTA,

sang awan bersyukur laluan sahara itu menjadikannya lebih dekat dengan kuasa PENCIPTA,

sang awan kini bebas dan mengharapkan kebebasan payungan PENCIPTA…

~MilMiz~