Sunday, November 13, 2011

Kenapa tak rogol saya?

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.

Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu.

Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.

Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). Dia pun tanya perogol itu Why dont you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?? Perogol tu jawab: No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.?

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu. MORAL CERITA INI: Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.

Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab?selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi.

Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ?iman? kita sekarang ini. Wassalam. Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ?Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA.semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam??.

Thursday, October 13, 2011

Adik-Beradik Angkat Menurut Islam





Assalamu’alaikum wbt, salam perjuangan.. baru-baru ini saya ditanya soalan dari sahabat lama saya dari Ain Syam University(ASU) untuk dikongsikan tentang hukum “adik – beradik angkat”. Sebenarnya, saya sendiri pun tidak tahu dengan jelas tentang bab ini, tetapi sekiranya apa yang tertulis disini tidak betul atau lari dari konsep asal bolehlah maklumkan melalui sumber direktori yang tertulis dalam blog ini. Soal “adik-beradik angkat” ini sebenarnya bukan perkara asing dan menjadi persoalan sejak saya di sekolah menengah lagi, sehingga hari ini diperingkat mahasiswa pun diperbincangkan.


Sebagai hamba Allah ta’ala yang sejati semestinya kita nak tahu, bolehkah kita memperlaku atau diperlaku sebagai adik-beradik angkat? Jika sama jantina tidak menimbulkan masalah tetapi akan timbul masalah apabila melibatkan berlainan jantina. Panggilan kakak/ abang itu hanya sebagai 'title' tetapi tak menghalalkan hubungan keakraban seperti kita dan mahram (adik beradik kandung)


Dalam kamus Islam sebenarnya tidak ada istilah adik-beradik angkat, yang ada hanya adik-beradik tiri atau adik-beradik kandung. Ini disebabkan status ajnabi tetap ajnabi dan bukan mahram tetap bukan mahram. Malah untuk menjadi mahram dengan syarat, iaitu dengan sebab keturunan, adik-beradik tiri dan perkhawinan. Adakah kita perlu putus sekiranya status adik-beradik angkat tidak boleh diperlakukan? Jawapannya bukan disuruh putus silaturrahim tapi janganlah menggunakan status adik-beradik angkat walaupun kenal dari kecil, dan perlakulah seperti kawan atau sahabat untuk memperkukuhkan silaturrahim.


Perkara ini menjadi kebiasaan dan berleluasa dalam masyarakat dan akhirnya menjadi biasa, padahal perkara ini salah dan akhirnya tidak jadi salah. Dalam Islam yang ada hanyalah anak angkat tetapi tidak boleh dinisbahkan(bin@binti) kepada ayah angkat tersebut :

ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِندَ اللَّهِ فَإِن لَّمْ تَعْلَمُوا آبَاءهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ
Maksudnya: Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapa-bapa mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka (panggillah mereka sebagai) saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu.

(Al-Ahzab: 5).


Jesteru itu, pertama sekali dan selamanya berpesan pada diri saya dan harap sama-sama dikongsikan dengan sahabat-sahabat untuk sama-sama kita menjaganya dengan memikir dan menilai sebab-sebab perihal topik ini diperbincangkan untuk meningkat keimanan kita, disamping mencari muamalat seharian yang dibenarkan disisi Allah ta’ala.

~MilMiz~

Monday, September 5, 2011

Ucapan “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin” Bukan Ucapan Tahunan Atau Adat Semata-mata

Ucapan “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin” Bukan Ucapan Tahunan Atau Adat Semata-mata









Assalamualaikum wbt, bicara dari dataran syuhada’ Mu’tah, Jordan bumi Syam, genap 7 Syawal hari ini Alhamdulillah.. . Bila sebutnya Syawal sudah tentu hari raya iaitu hari kemenangan hamba Allah yang tulen dari jajahan hamba syaitan dan hamba nafsu. Maka tidak dapat tidak ucapan “selamat hari raya” @ “mohon kemaafan zahir dan batin” di akhir ramadhan dan awal syawal dihulurkan adalah salah satunya untuk kembalikan diri kepada fitrah.

Selalunya yang menjadi perbincangan, adakah tarbiyah ramadhan yang di lalui umat Islam itu dapat kembalikan kepada fitrah atau hamba Allah yang tulen, dari kejahatan luaran dan dalaman kepada kebaikan, atau yang sebelumnya tidak menutup aurat selepas ramadhan dapat menutupnya dan sebagainya. Semua ini akan terjawab jika hamba itu betul-betul menghayati ramadhan dan syawal.

Berbalik pada topik asal,ucapan “selamat hari raya maaf zahir batin” adakah yang dilakukan kita selama ini hanyalah ucapan tahunan atau adat? adakah kita betul-betul ikhlas apabila mengungkapnya? Adakah sasaran kita sebagai hambaNYA untuk kembali kepada fitrah tercapai? Walaupun dunia sekarang yang maju dengan adanya Facebook,twitter,YM dan sebagainya sebagai medium ucapan “raya” @ “mohon kemaafan” yang sebelum ramadhan dan syawal kita melakukan dosa dengan media-media tersebut. Ya, saya akui ianya memang baik tetapi adakah hajat kita tercapai kepada orang-orang yang pernah kita lakukan kesalahan serius kepada mereka? Adapun kita bertemu empat mata dengan orang-orang yang pernah kita lakukan kesalahan kepada mereka dan mengucapkan “raya” @ “mohon kemaafan”, tetapi adakah ianya datang dari lubuk hati kita yang ikhlas dengan penuh keinsafan atas salah dan silap kita? Ataupun, adakah ianya sekadar untuk melengkap syarat-syarat atau adat tahunan?

Hmm…, banyak persoalan demi persoalan ditimbulkan, semuanya akan terjawab jika hamba itu betul-betul menghayati ramadhan dan syawal. Maka sama-samalah kita menjawabnya dengan niat ingin menjadi hamba Allah yang tulen untuk kembali kepada fitrah. Jika segala jawapan kita bersandarkan wahyu Allah sudah tentu UKHWWAH ISLAMIAH akan teguh.

Ucapan Maaf Zahir Batin sering diberikan oleh rakan dan taulan sempena hariraya ini. Amalan maaf bermaafan asalnya adalah bersifat ‘neutral' dan boleh diteruskan di hari raya ini asalkan ungkapan kemaafan yang dipinta dan yang diberi adalah beserta penyesalan yang benar atas segala kesilapan yang dilakukan.


Ia selaras dengan objektif Ramadhan bagi mencapai keampunan Allah SWT sebagaimana di fahami dari Hadith :

جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ،

Ertinya : "Datang kepadaku Jibrail lalu berkata : " Celaka ke atas seorang hamba yang sempat bertemu Ramadhan dan keluar darinya tetapi tidak mendpaat keampunan terhadap dosa-dosanya, lalu aku (Rasulullah s.a.w) berkata : Ameen. (tirmidzi, ibn hibban, Ahmad, Ibn Khuzaymah, Al-Hakim & disetujui oleh Az-Zahabi, Abu Yu'la, At-Tabrani dalam Al-Kabir & al-Awsat, At-Tayalisi, Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad, Ibn Al-Ja'd ; Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad - no: 644)

Bagi seseorang yang berdosa dengan Allah SWT, amat diharapkan beroleh keampunan di bulan

Ramadhan ini.


Bagaimanapun, jika melakukan dosa dari jenis kesalahan kepada manusia lain seperti mengumpat, memfitnah, memukul, merendahkannya, mencuri duitnya dan lain-lain. Seolah-olah keampunan yang sepatutnya diperolehi dari ramadhan tergantung kepada keampunan manusia yang pernah dizalimi ini.Tatkala itu, mangsa sahaja yang mampu mengampunkan orang yang menzaliminya.


Pada hemat saya, objektif mendapatkan keampunan Allah sukar untuk dicapai sebaiknya jika tidak ada proses maaf bermaafan di hujung ramadhan atau di awal Syawal. Mengambil peluang cuti dan bertemu di hari raya sebagai waktu yang sesuai untuk meminta ampun. Oleh kerana itu, saya secara peribadi tidak nampak sebarang masalah dalam amalan ini selagi mana ia dilaksanakan dengan ilmu dan ikhlas. Wallahu ‘alam.


~MilMiz~

Sunday, August 28, 2011






Kisah Kelemahan Nafsu Dan Kekuatan Akal Di Dalam Kerajaan Ramadhan


Assalamualaikum wbt, dua hari lagi tanah SYAM akan menyambut Aidilfitri, dan tidak lupa juga kepada suluruh umat Islam di seluruh dunia. Keseorangan di rumah bertemankan seekor anak kucing di perantauan, disebabkan kepulangan semua ahli bayt ke tanah air untuk menyambut Aidilfitri, agaknya tidak terlambat untuk saya berkongsi di akhir ramadhan ini.

Puasa adalah salah satu rukun Islam yang diwajibkan kepada umat Islam untuk menunaikannya. Dalil wajibnya puasa, firman Allah ta’ala :

.َيَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas umat-umat sebelum kamu, agar kamu bertakwa."

Diriwayatkan Allah ta’ala mencipta AKAL lalu Allah ta’ala perintah kepada AKAL, “aqbil” maka AKAL datang, kemudian Allah ta’ala perintah kepada AKAL, “aqbil” maka AKAL pergi. Seterusnya Allah ta’ala bertanya kepada AKAL, “siapa AKU dan siapa kamu?”, lalu AKAL menjawab,”KAMU tuhan aku dan aku hambaMU yang amat lemah”, lalu firman Allah ta’ala, “AKALlah hambaKU yang paling mulia”.

Kemudian Allah ta’ala cipta NAFSU, lalu Allah ta’ala perintah dengan memanggil NAFSU, “aqbili” maka NAFSU tidak menurut perintah Allah ta’ala. Kemudian Allah ta’ala tanya kepada NAFSU,“siapa AKU dan siapa kamu?”, lalu NAFSU menjawab, “aku adalah aku dan KAMU adalah KAMU”, lalu Allah ta’ala membakar NAFSU dalam api selama seratus tahun. Kemudian Allah ta’ala keluarkan NAFSU dari api lalu bertanya,”siapa AKU dan siapa kamu”, lalu NAFSU menjawab,”aku adalah aku dan KAMU adalah KAMU”. Kemudian Allah ta’ala siksa NAFSU dengan melaparkannya selama seratus tahun, kemudian Allah ta’ala keluarkannya lalu Allah ta’ala bertanya kepada NAFSU,”siapa AKU dan siapa kamu?”, lalu NAFSU menjawab,”KAMU tuhan aku dan aku hambaMU”

Allahuakhbar! mulianya dan hebatnya kerajaan ramadhan ini yang ditetapkan Allah. Berpesan kepada diri sendiri dan dikongsikan dengan sahabat-sahabat, sama-samalah kita merenung dan muhasabah dengan apa yang dikongsikan. Jadikanlah Aidilfitri, iaitu kemenangan Islam yang akan tiba dua hari saja lagi disambut dengan berpandukan kepada ma’ruf Allah dan bukan menyambut kemenangan Islam dengan penuh maksiat dan yang tidak berkaitan dengannya yang kadang-kadang tidak logik langsung dengan hari kebesaran ini. Teruskanlah beristiqomah kepada Allah ta’ala dan memerdekakan(sempena sambutan kemerdekaan tahun ini) diri untuk Allah ta’ala hasil tarbiyah kerajaan ramadhan. “SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN” dari perantauan bumi SYAM.

~MilMiz~

Sunday, August 21, 2011

13 Alasan Wanita Yang Tidak Menutup Aurat









Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


~MilMiz~

Wednesday, August 10, 2011



Sekilas pandangan : Makanan dan bangsa


Assalamualaikum wbt, bicara senja dari cahaya tingkap di bumi syuhada’, bermula di sebuah kedai makan berdekatan rumah saya. Ketika itu, saya hendak membeli makanan untuk sarapan sebelum murajaah imtihan nihaie, dan kelihatan 3 orang arab yang sedang makan sehidangan humus bersama roti, telor goreng, kentang goring dan terung yang memenuhi meja. Tiba-tiba pak cik arab tokei kedai itu seperti tidak puas hati memberitahu saya, “macam inilah orang arab ‘order’ banyak tapi makan sikit dan tak habis, kalau orang Malaysia ‘order’ banyak pun tetap habis dan kalau orang eropah hidangannya sedikit tetapi berdisiplin”. Ermm…. Islam yang terkandung di dalamnya dengan adab-adabnya tidak mengenali bangsa. Terus memikir…


~MilMiz~