Thursday, October 13, 2011

Adik-Beradik Angkat Menurut Islam





Assalamu’alaikum wbt, salam perjuangan.. baru-baru ini saya ditanya soalan dari sahabat lama saya dari Ain Syam University(ASU) untuk dikongsikan tentang hukum “adik – beradik angkat”. Sebenarnya, saya sendiri pun tidak tahu dengan jelas tentang bab ini, tetapi sekiranya apa yang tertulis disini tidak betul atau lari dari konsep asal bolehlah maklumkan melalui sumber direktori yang tertulis dalam blog ini. Soal “adik-beradik angkat” ini sebenarnya bukan perkara asing dan menjadi persoalan sejak saya di sekolah menengah lagi, sehingga hari ini diperingkat mahasiswa pun diperbincangkan.


Sebagai hamba Allah ta’ala yang sejati semestinya kita nak tahu, bolehkah kita memperlaku atau diperlaku sebagai adik-beradik angkat? Jika sama jantina tidak menimbulkan masalah tetapi akan timbul masalah apabila melibatkan berlainan jantina. Panggilan kakak/ abang itu hanya sebagai 'title' tetapi tak menghalalkan hubungan keakraban seperti kita dan mahram (adik beradik kandung)


Dalam kamus Islam sebenarnya tidak ada istilah adik-beradik angkat, yang ada hanya adik-beradik tiri atau adik-beradik kandung. Ini disebabkan status ajnabi tetap ajnabi dan bukan mahram tetap bukan mahram. Malah untuk menjadi mahram dengan syarat, iaitu dengan sebab keturunan, adik-beradik tiri dan perkhawinan. Adakah kita perlu putus sekiranya status adik-beradik angkat tidak boleh diperlakukan? Jawapannya bukan disuruh putus silaturrahim tapi janganlah menggunakan status adik-beradik angkat walaupun kenal dari kecil, dan perlakulah seperti kawan atau sahabat untuk memperkukuhkan silaturrahim.


Perkara ini menjadi kebiasaan dan berleluasa dalam masyarakat dan akhirnya menjadi biasa, padahal perkara ini salah dan akhirnya tidak jadi salah. Dalam Islam yang ada hanyalah anak angkat tetapi tidak boleh dinisbahkan(bin@binti) kepada ayah angkat tersebut :

ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِندَ اللَّهِ فَإِن لَّمْ تَعْلَمُوا آبَاءهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ
Maksudnya: Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapa-bapa mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka (panggillah mereka sebagai) saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu.

(Al-Ahzab: 5).


Jesteru itu, pertama sekali dan selamanya berpesan pada diri saya dan harap sama-sama dikongsikan dengan sahabat-sahabat untuk sama-sama kita menjaganya dengan memikir dan menilai sebab-sebab perihal topik ini diperbincangkan untuk meningkat keimanan kita, disamping mencari muamalat seharian yang dibenarkan disisi Allah ta’ala.

~MilMiz~

1 comment: