
Gugurkan Segala Kesombongan dengan Solat Berjemaah
Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan ruku'lah bersama orang-orang yang ruku'. (QS. Al
Baqarah:43)
Salah satu hikmah solat berjemaah adalah menggugurkan kesombongan rasa besar diri yang
membesarkan semua predikat keduniaan, pangkat, jabatan, harta dan nama yang disandang, dan
menggantinya dengan penyerahan semuanya terhadap kebesaran Ilahi. Ini dibuktikan dengan fakta
bahawa barisan solat berjemaah, sof-sof sholat tersebut tidak pernah terbentuk berdasarkan
golongan, jabatan, staf-non staf, dan lain-lain predikat keduniaan. Di mana pun solat berjemaah
didirikan, ia tidak didasari oleh semua predikat ini. Yang pegawai rendahan apabila kebetulan
berdiri di sebelah seorang “senior manager”, misalnya, dia harus tanpa besar diri merapatkan
barisan dengan seorang “manager” tersebut. Demikian juga pejabat tinggi tidak boleh, misalnya
kerana alasan darjat menjadi turun gara-gara bersebelahan dengan bawahan, tidak boleh
meminta perlakuan istimewa dengan “mengkavling” ruang solat sekehendak hatinya dan tidak
memperbolehkan orang lain merapatkan barisan dengannya. Kesombongan-kesombongan seperti
inilah yang digugurkan oleh persatuan sof solat berjamaah. Ini yang pertama.
Alasan lain sehingga dikatakan solat berjemaah tersebut dapat menggugurkan kesombongan
adalah sifat gerakan solat itu sendiri. Pada saat sujud, kepala tempat berdiamnya intelegensi
yang sering dipertuhankan dan raut wajah elok yang sering dibanggakan kerana kegagahan dan
kecantikannya, saat sujud kepala dan wajah sumber kesombongan ini tersungkur lebih rendah
dari jalan keluar kotoran yang menjijikkan. Inilah dua hal yang dapat memberikan pelajaran
kepada kita, menyedarkan kita bahawa dengan solat berjemaah kesombongan adalah sesuatu
yang menggelikan. Semua predikat keduniaan, pangkat jabatan dan nama besar yang disandang
tidaklah ada ertinya di depan Allah.
Bagi orang yang ingin menghilangkan kesombongan diri, seharusnya banyak-banyak mendatangi
sof-sof sholat berjemaah yang didirikan. Cuma sayangnya, sampai saat ini sering kali kita
temukan tiang masjid berjumlah jauh lebih banyak dari jumlah orang yang menghadiri solat
berjemaah tersebut. Sepinya orang yang menghadiri solat berjemaah ini bukan disebabkan
ketidaktahuan akan hikmah-hikmah solat berjemaah. Justeru yang terjadi adalah biasanya kita
berapologi, mencari pembenaran diri, mencari alasan-alasan yang boleh dapat kita jadikan
hujah atas ketidakhadiran kita dalam jemaah solat ini. Di samping itu, ada kenyataan bahawa kita
lebih boleh profesional dalam urusan dunia tetapi untuk urusan ibadah seringkali kita tidak boleh
profesional. Kita merasa cukup dengan mengandalkan orang lain. Kalau orang lain sudah
mendirikan solat berjemaah, maka cukuplah. Kira-kira demikian alasan sebagian di antara kita.
Atau jangan-jangan sepinya barisan solat berjemaah di masjid-masjid disebabkan kita masih
merasa bahawa status keduniaan kita menghalangi kita membangun jemaah dengan jemaah lain
yang cuma pegawai rendahan. Atau justeru kita merasa bahawa bokong kita masih kurang cantik
untuk mengatasi wajah kita yang elok. Kalau ini yang menghalangi kita mendatangi jemaah
solat yang didirikan, marilah kita tertawakan diri atas kebodohan kita ini.
Terakhir, marilah kita biasakan ruku’ bersama orang-orang yang ruku’ agar terbiasa hati kita
menghapus semua kebesaran diri dan mengikrarkan bahwa yang besar hanyalah Allah. Allahu
Akhbar!!
~Pesanan untuk “diri” dikongsikan bersama ~
:::: mil ::::