Tuesday, March 8, 2011

Meneroka Keberkatan Hidup




Berapa ramaikah di antara kita benar-benar menyedari betapa pentingnya keberkatan hidup?
Kita tahu hidup ini tidak bererti sama sekali jika tidak mendapat keberkatan dan redha dari Allah S.W.T. Bahkan kekayaan, kemewahan dan kesenangan tidak membawa makna apa pun jika kita tidak mampu meraih redha Ilahi. Kita dinasihatkan supaya tidak memandang enteng segala amalan dan perbuatan dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Manusia memang mencari keberkatan hidup. Kerana keberkatan memberikan kepuasan. Kepuasan pada hati sehingga mententeramkan jiwa, melegakan emosi dan menenangkan minda. Tanpa keberkatan, maka manusia tidak merasa lega dan puas. Bak meneguk air laut kala dahaga, makin diminum makin haus jadinya.
Coretan Santai
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah berkat
Bila hidup kita berkat, diri ini akan menjadi selamat Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat Apabila masyarakat jadi muafakat, Negara kita menjadi kuat Apabila Negara menjadi kuat, Negara luar jadi hormat Apabila Negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
Manusia macam kita, Memang pandai bercakap
Menyalahkan orang lain, Mengutuk orang lain
Perlekeh orang lain, Merendahkan orang lain
Orang macam kita, Di mana-mana pun ada
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri
Tengok pada diri sendiri dahulu…
Jangan…
Suka mengata orang, Al-Quran kamu tak baca
Suka menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Suka mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca
Suka perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Suka merendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Suka berceramah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Suka berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Suka berdakwah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Suka bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca
Suka bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca
Suka berforum di internet, Al-Quran kamu tak baca
Suka berchit-chat di YM, Al-Quran kamu tak baca
Suka bergebang di telefon, Al-Quran kamu tak baca
Suka mendongak televisyen, Al-Quran kamu tak baca
Suka mengadap komputer, Al-Quran kamu tak baca
Suka baca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak baca
Suka bersembang politik, Al-Quran kamu tak baca
Suka ber’e-mel’ dengan kawan, Al-Quran kamu tak baca
Suka membelek handphone, Al-Quran kamu tak baca
Suka mengadap vcd ceramah, Al-Quran kamu tak baca
Kenapa tak baca?
Tak sempat?
Tak faham?
Tak reti?
Malas?
Rugi rugi rugi Kata nak cari keberkatan hidup
Itulah bekalan hidup
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan hari ini
Al-Quran teman sejati
Ambillah insiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran menyusup pergi
Hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
Istilah juga tidak berguna lagi
Kerana ertinya tidak difahami
Bacalah Al-Quran hari ini!

~ Petikan dari www.mpkjordan.wordpress.com ~

1 comment:

  1. Where is the slot machines open? - DrmCD
    Where is 공주 출장안마 the 강릉 출장샵 slot machines open? The most popular and most recent casinos 포천 출장샵 with slot 오산 출장마사지 machines and table games are those 공주 출장안마 in Phoenix, CA and the Sacramento area

    ReplyDelete