ILMU
Sabda nabi:
“Jadilah kamu orang yang ALIM (Mampu menyampaikan ilmu), ataupun orang yang BERLAJAR ILMU, ataupun orang yang MERDENGAR ILMU, ataupun orang yang MENYUKAI ILMU tetapi JANGAN kamu JADI orang yang KELIMA-maka BINASALAH.”
Islam secara tidak langsung memotivasikan umatnya dengan TUNTUTAN ILMU. Jom kita lihat dan renung tuntutan dalam Hadis tadi:
1. ALIM
Islam menuntut agar umatnya berilmu. Bukan sekadar mempunyai ILMU tetapi menyampaikannya kepada orang lain. Orang yang menyampaikan ilmu ini akan mendapat ganjaran sepanjang kehidupannya apabila orang menuntut tadi mengamalkannya. Selain itu orang yang berilmu ini akan lebih dekat dan bertaqwa pada Allah. Maka benarlah seperti yang dijanjikan Allah. “Sesungguhnya orang yang benar-benar takut pada Allah ialah orang-orang yang berilmu (Ulama’).”
2. MENUNTUT ILMU
Menuntut ilmu juga dijanjikan Allah balasan yang baik. Hadis nabi berbunyi, “Barangsiapa yang berjalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan-jalan ke syurga”. Jadi para pembaca budiman, walaupun usia kita sudah tua mahupun muda, kita masih lagi menuntut ilmu kerana ILMU ini akan membantu kita mendapatkan jalan ke syurga Allah. Selalunya dalam menuntut ilmu kita perlu membawa bersama buku untuk didamping.
3. MENDENGAR ILMU
Tuntutan yang ketiga ini bermaksud wujud juga kadang-kadang ada orang yang tidak berilmu ataupun tidak mahu menuntut ilmu. Tetapi mereka lebih suka mendengar ilmu. Mereka lebih cenderung untuk membeli kaset dan cakera padat kerana mereka terlalu sibuk dengan tangungjawab seharian. Maka orang yang sekadar mendengar ini pun diberikan balasan Allah.
4. MENYUKAI ILMU
5. ORANG YANG KELIMA
Kita mungkin tertanya-tanya mengapa nabi memasukkan elemen ‘suspen’ dalam hadis baginda tentang orang yang kelima. Sesungguhnya orang yang kelima ialah golongan yang tidak SUKA langsung kepada ILMU. Mereka menolak majlis ilmu, forum dan seminar serta tidak memberikan segala bentuk sokongan.Oleh itu, kalau ada sifat kita tak suka pada ilmu, malas nak belajar, benci pada buku, maka jalan keluarnya ialah kita buang semua sifat dan sikap ini.
Menyeru pada sahabat-sahabat terutama diri ana sendiri jom sama-sama kita menjauhkan diri dari golongan yang kelima. Sama-sama berusaha mencari target!! golongan PERTAMA…..
Salam…….
No comments:
Post a Comment