Saturday, January 23, 2010

Perubatan Islam

MASYALLAH… SURAH AL-FATIHAH

Kita sebenarnya memiliki sebuah warisan(Al-quran) yang paling bernilai dan tidak dapat ditandingi sehingga hari kiamat. Segala jawapan dan persoalan terjawab di dalamnya. Cuma ia terletak pada tahap keikhlasan setiap manusia yang mengamal,mengkaji dan sebagainya tentangnya. Sebagai contoh, dalam banyak-banyak surah dalam Al-quran, saya cuma ingin mengupas tentang kelebihan dan sejarah yang telah dibuktikan mengenai surah Al-fatihah kepada umat.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri r.a. ia menjelaskan adanya satu

kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang keluar pergi musafir. Di tengah

perjalanan mereka telah singgah di sebuah perkampungan Badwi. Mereka telah

meminta makanan, tetapi penduduk kampung tersebut enggan memberinya.

Dengan takdir Allah s.w.t., tidak lama setelah itu, ketua kampung berkenaan telah

disengat binatang. Mereka telah berusaha untuk mengubatinya tetapi gagal.

Sesetengah daripada mereka mencadangkan agar mereka meminta pertolongan

daripada kumpulan orang Islam yang singgah di kampung tadi. Mungkin mereka

boleh membuat sesuatu untuk merawat.

Mendengarkan harapan yang begitu tinggi terhadap mereka, sebahagian daripada

orang Islam tadi memberitahu bahawa mereka boleh menolongnya, tetapi oleh

kerana penduduk tersebut pernah menolak permintaan mereka sebelum itu,

mereka tidak akan menolongnya kecuali setelah berjanji memberi upah.

Rombongan itu bersetuju atas permintaan tadi untuk memberi beberapa ekor

kambing. Orang Islam yang berkenaan datang menemui ketua kaum yang sedang

sakit, lalu dihembusnya dengan air ludah pada tempat yang sakit tadi sambil

membaca: "AlhamdulilLah". Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa doa yang

dibaca ialah Surah al-Fatihah lalu perawat tadi mengumpulkan air ludahnya dan

dihembuskan, menyebabkan pesakit beransur sembuh. Dalam satu riwayat lain,

dijelaskan bahawa upah yang diberi ialah tiga puluh ekor kambing.

Keterangan hadis ini memperlihatkan bahawa Surah al-Fatihah itu amat besar

fadilatnya, di antaranya ialah untuk merawat pesakit akibat terkena racun, seperti

disengat kala jengking, lipan dan sebagainya.Dijelaskan juga dalam keterangan hadis ini bahawa perawat, dengan izin Allahberjaya melakukan rawatan dengan membaca Ummu al-Qur'an (Surah al-Fatihah).Kalau difikiri dari segi logiknya, terlalu sukar untuk menerima hakikat, bahawapesakit boleh sembuh hanya dengan bacaan Surah al-Fatihah dan sedikit hembusan air ludah.

Setiap orang Islam boleh dikatakan tahu membaca Surah al-Fatihah, tetapi untuk

meyakinkan bahawa bacaan yang dituturkan membolehkan seorang pesakit,

seperti sakit terkena gigit kala jenking ataupun lipan boleh sembuh, sering

dirasakan seupama sesuatu yang sukar diterima. Malah kita sendiri mungkin tidak

yakin bahawa usaha seperti ini boleh berjaya. Tetapi, kesembuhan seperti ini

bukan sesuatu yang mustahil, kerana Allah s.w.t. itu maha berkuasa, tidak digagahi

oleh sesuatu, apabila Ia menghendaki sesuatu, Ia berkata: jadilah maka jadilah

(Surah Yasin: 82).

No comments:

Post a Comment