Thursday, January 28, 2010

Pentingnya JILBAB Kepada Umat

Jilbab


Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang

mu'min:"Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Al Ahzab [33]:59) (lihat juga An Nur [24]: 31)


Perintah berpakaian yang menutup aurat bagi perempuan adalah tanggungjawab kita semua,lelaki dan perempuan. Bahkan kalau diperhatikan sebenarnya perintah berjilbab itu turun kepada lelaki. Yang diperintah itu lelaki. Lelaki diperintah untuk menyuruh isterinya, anak-anaknya, isteri-isteri kaum muslimin untuk mengulurkan jilbab sampai seluruh tubuhnya. Perumpamaannya adalah seperti seorang camat yang menyuruh seorang kepala desa, "Hai kepala desa, perintahkan masyarakatmu membuat pagar di sekeliling rumah mereka." Apabila masyarakat tidak memagar rumahnya, yang dimintai pertanggungjawabkan, yang dimarahi oleh camat tentulah kepala desa. Dan sebagai warga masyarakat yang baik, tentu kita tidak ingin kepala desa kita dimarahi oleh camat. Dan kepala desa yang baik tentu tidak ingin mendapatkan teguran keras dari camat disebabkan masyarakatnya tidak memagar rumahnya. Kerana itu ia akan selalu menekankan tentang perintah memagar halaman ini sampai semua rumah warganya berpagar. Kalau masyarakat sayang kepada kepala desanya, agar jangan dihukum oleh camat, satu-satunya cara adalah masyarakat memagar sekeliling rumahnya.


Demikian kalau difikirkan logikah perintah menutup aurat ini. Perintah ini turun kepada lelaki agar menyuruh isteri-isterinya, anak-anaknya, isteri-isteri orang beriman mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Kalau seorang perempuan sayang kepada suaminya (kalau sudah menikah) atau sayang kepada bapanya, agar jangan dihukum disebabkan melalaikan perintah menutup aurat ini, satu-satunya cara adalah tutuplah aurat. Ini sebenarnya untuk membantu suami atau bapa agar jangan mendapatkan pertanyaan, mendapatkan hukuman di akhirat kelak.


Dari tinjauan psikologi pun, perintah menutup mengulurkan jilbab ke seluruh tubuh ini pun sangat sesuai. Kalau direnungkan, sebenarnya lelaki itu, secara alamiah bersikap lebih agresif dan imaginatif. Maaf!! ini pengakuan jujur dari kaum lelaki. Dengan melihat perempuan secara sepintas saja, seorang laki-laki akan boleh menampilkan gambar lengkap perempuan tersebut sesuai dengan imaginasinya. Maaf!! sekali lagi, silakan perbetul terutama dari lelaki, kalau perempuan merentasi di depan lelaki walaupun perempuan tersebut berpakaian lengkap, lelaki itu boleh menampilkan gambarannya dalam keadaan, maaf!!, telanjang! Inilah lelaki. Makhluk yang sangat menderita dengan dirinya kerana sifatnya ini, makhluk yang katanya perkasa tetapi sangat rapuh terutama oleh gangguan imaginasi-imaginasinya. Makanya panduan ketat diberikan kepada lelaki. Apabila bertemu dengan perempuan segeralah tundukkan pandangan. Apabila sudah siap, bagi yang belum menikah segeralah menikah. Bila belum mampu, puasalah. Ini sebahagian panduan kepada lelaki. Berat. Jadi, perintah menutup aurat itu juga sekalian membantu lelaki agar jangan terlalu sering muncul sifat liarnya. Kerana dengan pesonanya, perempuan dapat menjatuhkan lelaki hanya dari sudut kerling matanya.


Ungkapan ini, pertama sekali saya mengutuk dan menyeru diri saya sendiri yang berpenampilan seperti kejahilan dan lemah segi keimanan, supaya dapat menunaikan seperti yang diperintaNYA, walaupun lelaki tidak ditekankan disini. Kepada sahabat di bumi yang dalam fatrah musim sejuk,terutama mujahidah salurlah auratmu seperti yang diperintahNYA, Ambillah perhatian perkara tersebut, terutama pelajar agama. Ini kerana, kadang-kadang penampilan tersebut melambangkan ilmu dan keimanan kita sebagai pelajar agama. Sama-samalah kita menunaikan perintahNYA sebelum..

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.” (Ali ‘Imran: 185)


Sekali lagi, ini tanggungjawab kita semua. Kita saling bantu. Perempuan membantu lelaki. Perempuan membantu dirinya sendiri agar terhindar dari sifat ‘liarnya’ laki-laki atau dalam ungkapan ayat di atas, agar mereka tidak diganggu. Wallahua’lam Semoga Allah SWT selalu memberikan kekuatan kepada kita untuk melihat yang benar itu benar dan dikuatkan untuk melaksanakannya. Dan semoga kita dapat melihat yang salah itu salah, dan kita kuat menjauhinya.


No comments:

Post a Comment